Saturday, 18 June 2011

KL macam-macam peseng

Assalamualaikum

Cuti mingguan kali ini aku pergi KL. Padahal extra 1 hari je Terengganu cuti.
Aku tak nak cerita pasal KL ni. Semua rakyat Malaysia kenal. Aku nak cerita pasal journey aku sepanjang Bukit Bintang. Keadaannya sama saja macam 2 tahun dahulu. Still sesak. Still ramai mat melepak. Still ramai orang buka sana buka sini.

Dekat sana sesak macam tin sardin. Sampai aku kena jalan kaki dari 1 shopping complex ke shopping mall yang lain. Jalan nak ke Plaza Low Yat saja penuh dengan orang. Dekat Low Yat ni jangan cerita la. Kebetulan ada expo natang apa entah. Macam-macam laptop,netbook dan camera yang dia bagi discount. Meleleh aku tengok netbook dekat sana. Camera lagi lah. Macam-macam peseng  fashion ada.

Sibuk sangat lah kita cerita pasal peseng benda-benda tu. Dekat sana ada macam-macam peseng manusia jugak.
Ada yang dok sibuk tunggu pakwe,sebok beli barang dan macam-macam.
Aku ada lah lalu dekat sekumpulan remaja lepak ni. Pergh busuk. Walaupon aku rabun and tak nampak dorang pegang rokok. Tapi ada boleh bau lah rokok tu. Tak pasti ni dekat Bukit Bintang ke dekat Kajang. Pening suda.

Ada jugak aku nampak sorang ni. Nak kata cina aku tak pasti. Nak kata Pan Asia pon tak pasti. Nak kata Melayu cam logik tapi tak logik. Pakai seluar pendek gilerr.. Baju ketat cam singlet. So aku pon tak pasti. Minah rabun lah katakan.
Dekat sana nampaknya sesuai sangadd dengan orang mata keranjang. Coz semua boleh nampak. Dekat sana orangnya boleh suka suki je tayang body.
-yela.kita je ada body an-
Yang kontra sorang je.Aku kata kontra sebab dia pakai tudung labuh. Labuh lagi dari aku. Aku labuh ke..? haha
So perempuan tu nampak kontra dikalangan orang pakai seksa  seksi.
Remaja perempuan dekat sana jangan cakap lah. Aku tak pasti ada tak lagi adat ketimuran dalam diri.
Oke la. Nak stop di sini. Aku pon bukannya perfect nak nilai orang. Aku pon pernah cam gitu.
MaYbe ................................................
hohoho..
Apa-apa pon. Cuba korang nilai ayat aku dekat bawah ni
Orang India istimewa pada mata mereka yang bulat.
Orang Cina istimewa pada mata mereka yang sepet.
Orang Putih istimewa pada kulit yng putih mereka.
Orang Melayu istimewa pada budi bahasa dan adat ketimuran mereka. Kalau orang Melayu sekarang dah tak de budi bahasa. Apalah keistimewaan kita ??
Renung-renungkanlah.

Wasalam 

Thanks For Reading

2 comments:

redzuan23 said...

Zman dah berubah. Tetapi budi bhasa dan budaya tak akn berubah...

Idayu said...

sokong :)