Friday, 22 July 2011

Air Wuduk Itu Penting

Biasanya aku amik wuduk pon ala kadar je. Bila dah lama cuti, semangat lah pulak nak amik wuduk betul-betul.

Rasa segar, tenang je. Aku tak tahu berapa lama semangat ni akan datang. Biasanya hari pertama je semangat. Haha.

Jadi aku nak kongsi sikit pasal air wuduk ni.

Pada mata kasar kita, memanglah wuduk ni  untuk membersihkan tubuh badan sebelum menghadap pencipta kita iaitu Allah SWT. Tapi secara zahirnya , dosa-dosa kita turut gugur bersama dengan air wuduk yang jatuh ke lantai.

Yang ni sabda Rasullullah yang aku terjumpa dekat MR GOOGLE.
Sabda Rasulullah SAW, "apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk, lalu ia mencuci wajahnya, maka akan keluar dari wajahnya setiap dosa yang ia lihat (yang haram) bersamaan dengan air atau bersama titisan air terakhir, bila is mencuci kedua tangannya, keluar dosa-dosa yang dilakukan kedua kakinya bersamaan dengan air atau bersamaan dengan titisan air yang terakhir hingga ia keluar dalam keadaan bersih dari dosanya." (Riwayat Muslim)
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini”.
* Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini”.
* Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini”.
* Ahli syurga diberikanhisab-hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini”.
* Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu”.
* Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini”
* Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.”Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim”.
* Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,”Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat”
* Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah.

Harap kita sama-sama dapat memperbaiki wuduk kita. Sebab nya wuduk la perkara pertama kita buat klu nak buat ibadat wajib. Baru lah boleh solat , baca al-quran.. dll.
Kalau korang ada maklumat 2 lain pasal wuduk ni untuk dikongsi bersama. Boleh la share ye. Sharing is caring. Sesungguhnya ilmu itu untuk dikongsi .

Thanks For Reading

2 comments:

Siti Sara said...

Idayu boleeee copy tak ? nanti aku tulis credit dekat kau hee thankyou :)

Idayu said...

boleh je :)