Sunday, 24 July 2011

Malaysia tak sepatutnya kalah last night

Aku tak puas hati sungguh la Malaysia kalah ! Kalah pon aku tetap sokong Negara aku sendiri walaupun malam semalam mengamuk gila babi .

Aku rasa ramai salahkan penjaga gol  ,Sharbinee kan ?

Sebab aku pun sama. Tapi orang yang jatuhkan pemain Singapore tu pon salah. Tapi Sharbinee ni dah lepaskan 3 gol bodoh gitu je. Nampak bodoh la. Kalau aku main,mungkin lain persepsi aku.

Siapa tak sokong aku salahkan penjaga gol ?? Angkat tangan semua !

Siapa yang tak sokong tu, cuba tengok siaran ulangan. Pastu baru nak pastikan Sharbinee salah ke tidak. Ramai lagi salah tapi kebetulan penjaga gol kita tu menunjukkan kesalahan berkali-kali.

Aku pelik juga kenapa Rajagobal tak masukkan Khairul Fahmi ? Mungkin dia ada sebab tersendiri la kot. TAPI…..

Sebab apa erk ???

Apa-apa pun, marah tu tak kemana. Sekejap je marah ni. Mujur ada perlawanan timbal balik.
Hope to win ! Kalau kalah tu, aku tak pasti nak marah ke tidak .

Yang pasti, Allah maha mengetahui. Qada' dan Qadar di tangan tuhan. Benda dah berlaku. Redha lah kan.

Thanks For Reading

No comments: