Monday 25 July 2011

Tips Ringankan Blog dan Loading time

Hai semua ! Kali ni Idayu nak kongsi sedikit tip-tip yang boleh diguna pakai.

Rasa cam tak sesuai je orang yang tak fofular macam aku ni nak bagi tip. Apa-apa pun, suka hati lah kan. Sekurangnya blog saya sedang-sedang dan tak berat. Kira layak kan ?

Sebelum baca dekat sini, baik pergi cek blog korang berapa kilo. Biasanya kalau lebih 100 tu kira dah nak obesiti tu. Baik berhati-hati.

Korang cek di bawah ni saja. Aku dah mudahkan kerja korang.. kan ?

Dah cek ? Berat tak ? Kalau berat . Jom baca entri ni..

Kurangkan widget
Ni benda utama kena jaga. Kalau widget banyak. Blink-blink sana sini. Baik tak payah. Matlamat blog ni ‘” tulisan dan baca “ . So tak da kena mengena pon dengan blinkie sana sini. Kalau sayang sangat dekat benda-benda Tu. Boleh simpan tapi make sure blog korang tu ringan la. Better tak payah.

Gunakan JQUERY LAZY LOAD
Software ni digunakan untuk ringankan loading page korang. Baik guna ~ Benda ini dicadangkan. Kalau tak tau benda apa itu.
Pergi Tutorial Jquery Lazy Load … Aku dah sediakan tuto nya.
Kurangkan entri di blog
Entri yang banyak boleh menyebabkan blog korang jadi berat.. Tau tak !
Dinasihatkan letak 2 / 3 entri saja

Template / Layout yang ringan
Template yang ringan ni korang boleh tengok melalui jenis pattern  dia. Kalau corak gambar tu berulang . Beratnya lebih ringan. Tak paham corak berulang ? Contoh : gambar polka dot. Kan berulang je bulat-bulat tu tak habis-habis. Tu lah corang berulang. Understand ?? Oke ! good !

Elakkan guna photobucket link
Yang ni kalau korang nak letak dekat sidebar atau entri . Better upload dari blog saja. Sebab coding photobucket agak berat.

Elakkan letak lagu
Benda ni boleh je nak letak. Tapi pastikan boleh pause la. Benda ni berkait dengan stat blog korang. Tapi kalau blog dah tahap obesiti tu. Baik buang.

Header yang terlampau ranggi
Siapa kata header tak da berat ? Header yang bertindih boleh jadikan blog kita berat. Dulu header aku pon berat. Bertindih-tindah lagi. Baik tak yah.
Sebab header yang berat dan terlampau ranggi akan lambat keluar. Kalau tengok blog yang header lambat keluar gambar tu, maknanya terlampau ranggi lah tu .. ish3

Widget bergantung sana sini
hAIsh.. kalau Idayu, memang suka betul letak widget gantung-gantung ni. Tapi disebabkan sayang kan blog ni, terpaksa buang ! eceh
Widget yang gantung-gantung ni mempunyai coding yang panjang berjela. Tu lah yang beratnya. Baik tak yah. Kalau setakat nak letak shoutbox je yang gantung. Boleh lagi. Tapi kalau sampai ‘”pesbuk” , “ Twitter “ , dll tu. No way !
Fuh ! Banyak kan dah Idayu kongsikan ~ Kalau terkasar bahasa tu harap dimaafkan. Kadang-kadang cara penyampaian kita kurang menyenangkan orang lain.



Thanks For Reading

1 comment:

Ikam said...

thnk for da tips..^_^