Saturday 20 August 2011

Peole is waiting for SALE ! >_< raya !

18 Ogos 2011
Assalamualaikum for muslims.
Waktu dah pertengahan puasa macam ni, semua orang tengoh berpusu-pusu mengkayakan shopping mall untuk membeli keperluan raya. Kalau aku.. aku tunggu bila seminggu or 2 minggu sebelum raya baru nak beli barang-barang.

Waktu ni lah SALE tengah besar-besaran. Nak beli pon dengan happynya, tak kisah sangat pasal harganya.
Baju kurung moden yang mungkin harga RM 150 akan dapat diskaun 20% gitu… Lagipun kalau aku la,beli barang awal-awal,mesti bile nak raya… tak berapa nak excited. Mana taknya, beli tu … balik – balik je sudah try jadi model tak bertauliah depan cermin mengenakan baju-baju baru.


Kalau beli lewat sikit, tak de lah cepat sangat hancur barang aku tu…
Aku dapat agak yang bila lagi 2,3 hari nak raya … dekat kampong semua orang dah bersiap-siap nak kemas segala segenap pelusuk rumah tu. Dan aku pon mesti kena jadi tukang sapu dan mop tak bertauliah. Bila kenangkan balik.. jadi tak best. >_< kedengaran malas…


Dulu rumah jauh dari kampong,so balik pon waktu tu semua dah dikemaskan. Memandangkan sekrang ni aku duduk Terengganu … berapa lama mana lah nak sampai Kelantan. Pejam celik dah sampai.

Untuk 2 tahun berturut, family aku mencatat rekod paling awal sampai dan paling banyak koje kena buat. Selama ni memegang rekod paling lambat sampai.

Anyway … hari Jumaat ni nak pergi Kuantan .. beli baju raya. Tapi aku still tak tau nak beli warna apa. Majoriti baju kurung aku warna PINK DAN COKLAT .. tengok almari .. memang dua colour tu je lah yang ada.

Warna lain semua tak secocok dengan warna kulit aku yang tak berapa nak putih ni.

Anyway … korang beli baju colour apa ? nak jugak aku tengok .. Malaysia tahun ni ramai pakaibaju apa..
Siapa berani pakai baju kurung or baju melayu corak JALUR GEMILANG ??


Korang pakai ?? OKE !! AKU TABIK !! haha

Thanks For Reading

1 comment:

Hanim Irsyad said...

tak beli lagi baju raye.. sob, sob!

http://irsyanim.blogspot.com/2011/08/editing-header-for-natasya.html