Wednesday, 14 September 2011

Time ni baru teringat Atuk

Assalamualaikum ...

Sekarang ni asyik kecoh pasal Mat Sabu dan Bukit Kepong je.
Tapi aku rasa aku terlalu muda untuk masuk campur dan tak nak pun masuk campur
>__< memang cari nahas lah.
Bila tengok Bukit Kepong, sayu pulak rasa.
Beberapa tahun lepas time duduk dekat Johor dulu, pernah jugak cari Bkt Kepong ni.
Tapi tak banyak perubahan berlaku walaupun hakikat orang dekat sana banyak berjasa 
Mungkin suatu hari nanti Bkt. Kepong akan maju.

Kebetulan, atuk belah mak aku dulu pon polis ... kena banteras komunis
tapi di Gua Musang. 
Aku tengok atuk aku yang dah umur nak masuk 90.
Tapi macam takde perasaan je. Biasalah ~
Tapi hakikatnya muka atuk aku yang dah tua tu menyimpan seribu satu cerita.

Mak aku pernah cakap
" Atuk aku panjang umur "
Alhamdulillah .. walaupun aku tak merasai pun keperitan atuk aku dulu ..
aku bersyukur atuk aku tak meninggal dalam peperangan tu.

Sekarang baru lah aku sedar atuk aku tu dah merasa bermacam-macam.
Biasanya kalau balik kampung , aku tak lah rapat mana dengan atuk.

Dulu time kecik, rapat lah jugak tapi bila dah besar ni. Jarang bebenor aku menegurnya.
Tak berani pon satu. Muka orang tua kan agak berkedut.

Aduss .. nampak sangat aku ni jahat T_T
Tapi aku still sayang atuk aku.
Time hidup ni baru aku sedar kena hargai dirinya kerana sekali beliau pergi tak kan kembali

Mungkin sebab aku tak pernah lagi kehilangan orang tersayang.
Atuk .. nenek dua-dua belah semua hidup lagi.
Tu yang menyebabkan aku lupa nak menyayangi dorang.

Sekarang ni atuk yang aku dok sebok cerita ni ada masalah 'hearing'.
My mom cakap sebab zaman komunis dulu 
atuk banyak terdengar bunyi bom,letupan.
Memang really expose kepada benda-benda kuat bunyi.

Sedih nya .... dan aku patut bersyukur dilahirkan pada zaman AMAN ...

Mungkin korang juga patut bersyukur .. eh ! ke aku je yang baru nak tersedar

>_< lambat betul tersedar .. lambat pickup lah katakan.

ATUK .. WALAUPUN IDAYU TAK PERNAH TUNJUK CAM SYG ATUK
JAUH DISUDUT HATI
aku tetap akan sedih kehilangannya nanti

sob ... sob ... sob


Thanks For Reading

No comments: