Wednesday 19 October 2011

Apa Itu Cinta




Assalamualaikum ....


Tadi aku terjumpa video ni dah aku suka sangat dengan cara penyampaian video Wardina nih..


Bagi sesiapa yang internet dok rok chetong lambat loadingnya .. Aku dekat sini ada tulis sikit isi penyampaian Wardina


Carilah lelaki yang BAIK  ..


Semua orang nak cari calon suami yang baik , kekasih yang baik etc .. Tapi lelaki yang baik tak kan pernah tinggal solat. Point utama Kak Wardina sini ialah lelaki yang tak tinggal langsong solat !


Kalau lelaki tu tak solat .. TAK Cintakan Pencipta nya iaitu Allah SWT .. mampukah dia mencintai kita sebagai wanita ? Tuhan , orang yang ciptakan dia pon dia tak sayang , apatah lagi kita ..


Tak usah lah sibuk nak cakap " I lup u baby ! muah3 "  .. Kalau you guys boleh cakap macam tu dekat makwe kau .. Kenapa tak cakap dekat tuhan dulu macam tu. Ni bagi yang tinggal solat lah ..


Sebenarnya BAIK tu dalam semua aspek tapi Kak Wardina cuma mengaskan isu SOLAT dalam klip video ni. Sebab orang yang solat 5 waktu mampu membentuk dirinya menjadi orang yang baik.


Cinta Buta


Next , orang kata CINTA ITU BUTA , PEKAK , BISU segala bagai .. adalah sebenarnya cinta yang jijik. Jijik tu macam over sangat lah pulak .. Cinta tu tak menghalalkan seseorang yang bukan mahram untuk memeluk , memegang tangan , mencium dan sesuka hati saje nak meraba orang yang bukan mahramnya.


Kalau dia betul-betul cintakan kau .. dia akan ajak kau kahwin .. Lepas dah kahwin baru boleh pegang.Seseorang yang menyentuh kamu sebelum bernikah bukanlah seorang yang mencintai kamu tapi menghina kamu .. mempergunakan kamu. Apa guna dia nak kahwin dengan awak kalau semua dia dah dapat rasa sebelum kahwin. Buang masa je tambah bebanan. Its just like USING you ..


Nak kata pegang dah dapat pegang .. peluk dah dapat peluk so apa guna lagi dia nak kahwin. Tak kahwin pon dah boleh buat macam-macam..  Jangan murahkan diri anda.


So .. its the point .. Video ni bukannya panjang mana pon. Tapi aku rasa aku ada tokok tambah sikit. HAHA ..


Aku tulis ni macam aku baik sangat but insyaalah .. setakat ni aku masih lagi tidak membenarkan seseorang yang bukan mahram menyentuh aku dengan sengaja ...


renung-renungkan lah ...........


p/s : Awak share awak sebar ... Awak like pon awak sebar  :)


See you in next entry .
Thanks For Reading

1 comment:

Anonymous said...

nice! :)