Monday 3 October 2011

Ciri-ciri orang Pemalas

Assalamualaikum

Peperiksaan dah nak dekat ni tapi aku still dengan mood yang agak malas untuk buka buku.
Esok PMR dan lagi beberapa hari aku akan bertukar status menjadi tunangan  PMR Candidates.
OMG !! OMG !!! 
Nak menghadapi exam ni pon dah malas nak open book , apatah lagi nak PMR ..
dup .. dap .. dup .. dap
Daripada fikir pasal PMR right now, baik aku fikir pasal final exam tahun ni.
target aku for sure 9 A's deerrr .. tapi paling min 6 A's 
Aku rasa dan yakin boleh sekurangnya 6 A's .. insyaallah
Marilah mendoakan kecemerlangan Ayu ye .. 
Ewah !! haha .. tak nak sudah

Disebabkan aku terasa malas je nak bukak buku study espiacially SN nih .
Aku pon sibuk dok search pasal ORANG PEMALAS ni ..
Hopefully aku tak terkategori dalam ni. Tapi calon pemalas ye kot.

Tak de lah pemalas mana. Just malas nak buka buku dan menghafal jerr 
* nampak sangat nak cover mak oiiiii ! *

zzzzzzzzzzzzzzzz ..... ..... !!

1. Sering memberi alasan apabila orang meminta bantuan.

2. Tidak pernah menghadiri mana-mana aktiviti sosial.

3. Tidak pernah mengemas bilik tidur.

4. Separuh dari masa banyak dihabiskan untuk tidur.

5. Orang malas menutup kelemahan dengan selalu tampil cantik di depan orang, pakai minyak wangi sebotol, tetapi hakikat sebenarnya baju yang dipakai bertahun-tahun tidak dibasuh.

6. Sanggup berlapar daripada bersusah payah membeli makanan atau memasak, kononnya diet.

7. Setiap pagi wajah kamu ke pejabat atau kolej tidak pernah ceria. Asyik tidak ada mood sahaja.

8. Tidak pernah ada usaha untuk meningkatkan lagi diri untuk masa akan datang kerana merasakan apa yang ada hari ini sudah cukup dan terlalu selesa.

9. Sanggup melakukan sesuatu tetapi malas untuk mengerjakannya.

10. Diberi kemudahan untuk melakukan sesuatu tetapi menganggapnya payah untuk mengerjakan.

11. Berpeluang/ada waktu untuk melakukan sesuatu tetapi mencari alasan untuk tidak mahu mengerjakannya.

12. Sering melakukan sesuatu tetapi mengatakan tidak boleh mengerjakannya.

13. Ditugaskan melakukan sesuatu tetapi menolak untuk mengerjakannya dengan berbagai alasan.

14. Paling sedikit berbuat sesuatu tetapi mengatakan telah sangat banyak melakukannya.

15. Bercakap besar/lebih tetapi satu pun tidak di amalkan.

16. Orang malas tidak suka menjaga pernampilan diri.

17. Semua kerja yang dilakukan tidak sempurna.

18. Suka megharapkan orang lain melakukan kerja.

19. Suka mengarah.

20. Menunjukkan muka yang masam apabila ditugaskan membuat sesuatu.



credit Seven7holic
Thanks For Reading

No comments: