Sunday 23 October 2011

Coca Cola and Ribena Tidak Halal .. Yeke # ?

Assalamualaikum

Isu halal sesebuah minuman menjadi isu hangat. Aku yang agak jahil ni baru tahu Coca cola unhalal *tak halal.
Selama ni aku just fikir benda itu memudaratkan just like cigarette .. Rokok memudaratkan juga kan ?

Selepas menonton video Ustaz Azhar Idris kita nih , aku mula terfikir dan cuba mencari kesahihan video ni. Kalau yang Coca-cola .. aku yakin dan pasti dengan kenyataan ustaz ni but about Ribena. Aku searching dulu. Aku masih lagi dalam keadaan terkejut .. tak sangka minuman kegemaran aku tu tak halal.


Mengapa COCA-COLA tidak halal

Mula-mula meh aku di sini menerangkan kenapa COLA COLA minuman kegemaran kita tu boleh diklasifikasikan tidak halal .

  • Memudaratkan dan merosakkan usus kita. Coke ni mengandungi acidic yang begitu tajam.
Kalau di Amerika , air Coke ni deme buat cuci jamban. Cuah sedikit di atas jamban yang dah kekuningan. Esok tengok dah clean, suci berkilat. Tak payah guna Harpic tau .. ! Amat berkesan. Sila cuba .. hihihi

Lepas tu dekat Israel sendiri tidak dibenarkan menjual coke. Orang yang buat Coke ni pon tak sanggup nak minum mengapa kita ??
  • Membantu Israel membunuh saudara kita sendiri * Islam
Setiap Coke yang kita beli disumbangkan untuk membeli peluru. Pasti puak-puak Israel ni pergi beli peluru,meriam,pistol berperang dengan Palestin. Kita kesian dengan bangsa Palestin yang dibunuh begitu tapi Coke setiap hari beli ... buat ape ? Ish3 .. #aku menyesal

Benda yang memudaratkan seperti arak haram. Coka cola kan memudaratkan ... menurut kata Ustaz di atas ...

Mengapa Ribena Haram ??

Yang ni aku cuba mengkaji betul ke tidak ... So aku peroleh ini ...Halal Jakim

ADUAN HALAL ON-LINE
Aduan :   Assalamualaikum Tuan,

Saya adalah penggemar dan sejak dahulu lagi sehingga sekarang saya minum minuman ringan jenama Ribena. sebelum ini saya telah diberitahu rakan bahawa ia mengandungi sedikit arak, tapi saya tidak endahkan kerana tiada bukti kukuh. dan baru-baru ini saya telah menerima emel dari rakan lain yg mengatakan Ribena mengandugi arak (saya tidak pasti samaada arak atau alkohol).

Jadi persoalannya, adakah jenama minuman itu selamat diminum oleh pengguna Islam terutamanya kerana ramai diluar sana keliru tentang anggur dan arak dalam minuman tersebut.

Sekian terima kasih.

Wassalam.
Tarikh Aduan :   18/03/2009 - 04:23:01
Jawapan :   Waalikumsalam. .wbkt terima kasih kerana bertanya. Untuk makluman tuan, minuman jenama ribena keluaran syarikat GLAXOSMITHKLINE CONSUMER HEALTHCARE SDN BHD telah pun mendapat pengiktirafan halal sejak daripada JAKIM lagi.Sumber yang terkandung di dalam minuman tersebut bebas dari unsur alkohol dn selamat diminum oleh pengguna islam.Untuk maklumat lebih lanjut sila layari direktori e-halal.hdcglobal. com. Sekian Terima Kasih.

Ini keputusannya. Tapi .. aku temui ini pula ... Ribena

LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada! kadar yang rendah.
Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawang nya mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.
Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. ‘Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,’ katanya.
Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.
Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. ‘Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,’ katanya.
Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga deng! an lima perasa yang disediakan untuk Ribena..
Guys .. walaupun Arak SEDIKIT kita tetap tidak boleh minum.. Biarlah arak pada paras 0.001 ..Yang haram tetap haram ! ! So kita kena lebih berwaspada pada masa akan datang.
Berkenaan JAKIM ni .. aku takut dah sikit ni. Hari itu heboh dekat newspaper ada yang jenis kek yang terdapat kandungan arak diluluskan oleh Jakim... yeke #? 
 Tapi JAKIM dah buat rombakan.. Aku percayakan JAKIM .. Walaupun begitu, kita tetap perlu take safety dan berwaspada dalam membeli makanan ...
p/s : Terasa sedih apabila aku baru tahu Ribena ada arak.. Aku terminum arak ke selama ini ? Mujur TER ......... eh .. eh , tapi kenapa sekarang still Ribena ada tanda halal Jakim setepek besar gedabak gitu .... ? So complicated ..
Mana yang betul ni ?? 




Thanks For Reading

No comments: