Sunday 30 October 2011

Telatah Time Bola

Assalamualaikum


NEGERI SEMBILAN (2) VS TERENGGANU (1)

Semua orang tahu semalam N.Sembilan VS Terengganu and for surelah pasukan pilihan aku menang. Alhamdulillah. Walaupun 2 pasukan tu bukan team aku. Aku team Gomo Klate Gomo nih.. Hihi .. Tapi berdasarkan gaming yang sebelum ni .. aku tengok yang N9 terer sikit dan permainannya sistematik.

Tapi time perlawanan tu start .. berdebar jugak aku. Ramai target Terengganu menang. Terengganu pon tak kurang hebaknya. Naik turun nafas aku tengok percubaan tepat mereka. Family aku sorang je target N9 menang. Di kawasan kejiranan aku semua sokong Peteh Trganu Peteh la kan. Kecuali ayah aku. Beria benar sokong skuad Terengganu nih .. Ish3 . Mesti kes nak cuti. Erk .. dapat tak cuti agaknya andai kata menang ?

Kami pon menonton dengan senyap. Kang kalau over eksaited sangat marah jiran-jiran penyokong terengganu aku tuh. 

Time gol Terengganu yang first tu .. Kawasan perumahan aku bergema dengan pekikan " GOOLLLLLLL "
Serius macam nak terkeluar anak tekak. Family aku sengih je. Kami tak kisah sebab bukan team kami pon dua-dua tu. Kalau Kelantan lawan maybe aku nangis selok dah ni.

Menikus rumah kiterang. Biasalah, awal-awal aku harap team Nogori monang nih. Almaklumlah , den ni ponah duduk Nogori ni. Jadi den nak express exsaited ni dengan vote Nogori.

Tiba- tiba je Sharbinee buat kesilapan bongok. Aku terkejut dan tak sangka langsung. Tapi aku sengih je. Ala,bukan pemain N9 yang buat jaringan pon... Tapi orang lain dah sorak gol .. Aku pon sorak secara kecil-kecilan lah ..



Ibu : Eh gol ke nih ?? Yeke ?
Aku : Ye KOT! Tu hah .. dorang terloncat sambil peluk-peluk manja tu .. Betul lah tu ..

Gooooooollll .. hihi..Tapi dengan kadar slow sahaja . Aku tak nak kena serang. Tak mao !

Then 4 minit lepas tu Hairudin dapat skor. Aku tabik gila dengan cara dia tendang bola. Ni time skor baik punya. Sebabkan exsited .. aku jerit punya lah kuat beserta gegar. Sebenarnya tak ada lah kuat mana just penyokong Terengganu semua senyap , rumah aku je bising. Tu yang dengar bukan main gempak lagi.


Habis je game , aku tengok buku agama. Entah kenapa payah betul subjek PAI nak masuk otak ni. Sibuk sangat dengan bola. Aku gerenti hari esok memang kaw-kaw lah penuh otak aku .. Disumbatnya kalau boleh. Time bagi hadiah tu , seperti biasa ... mulut aku ni tak sah kalau tak mengomen orang.


Mak aku kata Farizal Marlias ni terer dan hansem .. boleh lah tahan. Aku menyokongnya .. Ahaks .. Teruk betul.... Then Aidil dengan Zakuan punya turn pulak .. Olaaa .. " Smartnya !! " Haha .. Sesedap hati aja nak puji orang , padahal husband orang. Tapi tak apa .. puji sikit-sikit je. Memang mereka smart pon ..


Last-last semua orang tidur lewat. Ish3 .. Nasib esok masih tak diketahui sama ada exam di tunda atau tidak. Maklumlah , Terengganu kan tengah sibuk " Peteh Terengganu Peteh " .. Masing-masing nak vote pasukan masing-masing. Aku tumpang gembira . Heheheehe ...


p/s : Aku kesian tengok pakcik - pakcik yang datang dari jauh nak mengharapkan kemenangan.


p/s lagi : Apa hukum awok-awok yg pergi sana dari Terengganu ni , boleh buat jamak ke ? Pergi tengok bola tu tujuan baik ke ? Bukan ke hiburan semata-mata .. Ada sesiapa boleh bagi opinion ?   






Thanks For Reading

No comments: