Wednesday 2 November 2011

Nikmat Allah Yang Paling Besar !

Assalamualaikum

Semua orang ada desire. Semua nak cantik , nak dapat suami hansem , nak tinggi , nak kurus dan macam-macam perkara yang kadang-kadang nampak macam tak reti bersyukur .. Betul tak ??

Muka Putih melepak .. and no Pimples !


Cuba bagi tau aku siapa yang tak nak muka putih , tiada jerawat , cantik macam Taylor Swift .. Semua perempuan nak jadi macam tu .. Tipu lah kalau tak nak .. Aku sendiri teringin lah sangat nak dikurniakan muka putih lepuk macam Aisyah ... Aku ada seorang yang sama batch dengan aku punya muka yang chantik gituuu .. Sometimes aku terfikir .. Kalau aku jadi putih macam tu .. apa jadi dengan rupa aku ? Comey tak ?  =.=

Tinggi yang ohsemn !!


Amik kau .. Tinggi sangat .. Nak tinggi sangat .. Aku teringin sangat nak tinggi .. Korang nak tak ? Aku juga pernah teringin nak tinggi macam Nasha Aziz ... Mujur lah aku ni baru 14teen .. Masih ada harapan nak berusaha dan menyulam angan-angan ...

Cantik macam Miss Universe


Miss Universe 2011 ni .. Cantik kan ? Siapa lah yang tak nak cantik ? Kalau tidak tak wujud la Slim World , London Weight Management , New York Skin Cara , Yun Nam .. macam-macam !! Payuda pon ada ? HAHA ... Jenama benda lah tu .. Uutuk larger kan 'something' tu kan ? 

Semua ada nafsu .. Teringin nak kan something yang membuat diri kita nampak perfect. Tinggi , cantik , comey .. Semua nak. Terutama perempuan yang ada 9 Nafsu ni kan. Kadangkala aku suka bandingkan diri sendiri dengan perempuan cantik di luar sana .. Kamu cantik ? Sila berbangga sekejap ..

Dan setiap kali tu la mak aku selalu berpesan .. Pesanan yang acap kali aku dengar dan buat aku jadi insaf sekejap ..

" Bersyukurlah kerana dilahirkan sebagai Islam "

Serius terharu gila dengar ayat macam tu .. Ya ! Aku kena bersyukur dilahirkan as Muslim .. Nikmat yang Allah bagi .. Hidayah yang Allah bagi . Dilahirkan sebagai Islam .. Kita yang celik mata aja dengar azan dekat cuping telinga ni patut bersyukur .. Mungkin ada di luar sana yang nak masuk Islam pon susah .. Turun naik mahkamah ..  Mungkin kita tidak cantik .. tapi tak apa .. Semua keduniaan .. Keduniaan biar lah berpada ..

p/s : Selagi aku belum 16teen .. Aku still boleh tinggi .. Ada harapan ! hikhok

p/s lagi : Selagi aku belum 21 tahun. Kulit muka boleh berubah kan ? Sedara aku kecik gelap sikit bila besar putih melepak .. Still ada harapan kan ? Alhamdulillah 

Apabila kita rasa macam teringin nak sesuatu yang pelik-pelik ... Terasa macam orang yang tak bersyukur. Ingat lah bersyukur dilahirkan sebagai ISLAM ...

Thanks For Reading

No comments: