Friday 1 July 2011

Israk Mikraj ialah suatu mukjizat

Assalamualaikum kepada orang islam yang sedang skodeng blog aku. Terima kasih lah ye sudi membaca rentetan ini. Harap dapat berikan komen yang memberangsangkan.
Aku tiba-tiba tersedar dari lamunan bila tertengok cerita Al-Hidayah tadik.

Bagi aku, Israk mikraj ini adalah permulaan kepada perintah solat dan kita memang patut bersyukur kerana terhasilnya perintah solat melalui Israk Mikraj.

Solat lah membolehkan kita dekat dengan Allah,memohon pertolongan Allah,memberi ketenangan dll.
Solat juga permulaan kepada pembentukan sahsiah diri yang baik. Kalau semua rakyat Malaysia yang muslim boleh menunaikan perintah Allah yang utama seperti solat ini, yakin aman Malaysia dengan keredhaan Allah.
Takde lagi buang bayi,zina dan sebagainya lah.

Tapi sedih lah jugak bila Israk Mikraj ini seperti semakin dilupakan. Aku lah salah seorangnya. Mujur TV tolong bagi tahu. Kalau tidak,sampai bila-bila pon lah aku tak teringat tarikh Israk Mikraj ni.
Dan sebagai manusia, perlulah bersyukur kerana nabi Muhammad sanggup turun naik jumpa Allah semata-mata hendak mengurangkan bilangan solat daripada 50 kepada 5.

p/s : walaupon bilangannya dikurangkan tetapi pahala yang kita dapat umpama solat 50 kali sehari.

Wasalam


Thanks For Reading

2 comments:

KeluangMan said...

Kita kena sentiasa ingat pada tarikh-tarikh penting dalam Islam. Moga kita tak akan lupa..

Idayu Harun said...

Insyaalah :)
terima kasih kerana mengomen :)