Monday 27 May 2013

Family Time : Pulau Melaka Island Stay

family quote photo: Family quote circleofstrength.gif

Assalamualaikum

Aku cuma nak cerita pasal holiday time aku dengan family. Kami jarang sekali pergi jenjalan terutama sejak aku dah besar dan dah tak boleh ponteng sekolah sesuka hati.

Cuti yang lepas 25/5/2013 .... finally. Entah dah dekat berapa tahun tak melancong dengan family. Kalau setakat berjalan tu memang banyak, but not truly a holiday. Dan kali ni pergi sehari je sebab pada 27 haribulan ... ayah aku kena kerja -.- pathetic life. But whatever it is. I am happy. Walaupun sehari tapi amat bermakna.

Aku dan family ni buat perancangan last minute so cam kelam kabut. Tak nak pergi Melaka nanti meraban cari hotel then tengok2 penuh. So ayah aku suruh book online. For the first time, aku melakukan kerja menge-book ni so kinda excited la. Mak aku agak risau sebab takut tertipu ke hapee yolaaa tak pernah-pernah selama ni book.

Aku pon berusaha dengan sedaya upaya *ecece cari hotel yang harga berpatutan dan selesa dan sesuai dengan kehendak lah. Malang tidak berbau, majoriti hotel are fully booked T__T .

Dalam fikiran aku " Famous gilee Melaka ni. Penuh baiii sebanyak-banyak hotel dekat Melaka. " Memang famous lah kan. Time aku pergi tu berlambak pelancong tak kira dari Malaysia ataupun oversea.

Nak dijadikan kisah, maka terjumpa lah kami dengan Pulau Melaka Island Stay ini. Everyone cam tak puas hati dengan aku. Apartment? Really. Aku pun macam kurang yakin tapi dalam fikiran aku better ah daripada hotel bajet.


1 RUMAH 3 BILIK [ RM 220 ] - MAX 6 ORANG

Dari segi harga memang amat berpatutan. Kalau family yang besar, mereka terpaksa book lebih daripada 1 bilik or sebuah bilik hotel yang memang besar dan mahal. Dari segi harga memang very reasonable and affordable. Tapi malangnya, takde lah tempat makan macam dekat hotel tu. Tak boleh lah nak melantak pagi buta makan free guna yang kupon tu eh .... harhar.


 credit : Google

TEPI SELAT MELAKA

Maybe bagi orang yang suka sangat suasana laut, kedamaian fuh fuh ketenangan huh huh memang best lah tempat ni. Dari segi scenery memang cantik, bersih. Dan tempat tu terjaga rapi plus terasing daripada bandaraya. Tak jammed. Memang lah terasingkan cause dia dekat Pulau. Kalau tengok peta pon memang terasing daripada Melaka.


- Google -

DEPAN MASJID

Apartment ni terletak dekat depan masjid. Senang nak beribadat in case seseorang tu memang suka solat dekat masjid. Dan takde yang salah pon solat dekat masjid kan, pahala berlipat ganda pula tu.

-Google-

So itu lah dari segi first view. Lepas aku survey, rupanya tempat ni ada masuk UTUSAN MALAYSIA
Tapi kan... bagi orang yang nak duduk lama and very rigid plus high taste dan hendakkan perkhidmatan yang terbaik. Aku tak cadangkan tempat ini. Terdapat beberapa perkara yang ermmm kurang bagus semasa aku duduk. Kecimpangan .


Pengurusan Lemah

In the future, aku tak tahu ... tapi pada masa aku pergi. Berlaku sedikit kekecohan di situ. Kami mungkin dapat bilik sebab booking awal sikit so dapat tempat. Nak dijadikan dramatik, ada lah satu family cina ni. Im not sure whether a Malaysian or Singaporean ... Mereka cakap dah book and memang dah book pon. Tapi bilik TAK ADA. So how this happended. Akak receptionist tu dah kelam-kabut. Call bos etc. Cuba nak selesaikan masalah. And look not professional. Hura-hara. Memang perkara sebegini tak nampak lah kan kalau kau dah biasa stay hotel Vistana ke Equitorial ke. Aku pon actually first time tengok case macam ni. Tapi sama ada kes ni dah selesaikan atau tak ... aku pon tak tahu sebab kami dah terlampau penat untuk menjaga tepi kain orang dah terus naik bilik lah kan.

Cadar Tak Tegang ... Tak kemas

Maybe laaa maybe dorang kelam kabut hari tu. Benda first orang masuk hotel mestilah survey bilik-bilik, tengok keadaan semua tu kan. Katil ... speechless. Tak tegang. Tak ada lah messy tapi tak kemas. Tak -menunjukkan ciri-ciri perkhidmatan sebuah hotel. Not good maaa. Dan adalah satu katil ada seurat rambut dekat tempat bantal. Speechless. Ayah aku yang terjumpa rambut tu. Nak tidur pon rasa tak sedap hati. Dah lah katil aku .. siot betul. Kalau rambut Greyson Chance yang melekat tu best jugak kan. Tapi kami tak report apa-apa pon. Malas nak bertekak so aku just kuis-kuis rambut tu. 

Alat mandian .. Hanger 

Believe me or not .. masa aku chek bilik air, cuma ada sabun yang cinonet. Tak sampai hati aku nak ambik gambar. Keadaan bilik air tu berada pada tahap yang okay dan bersih. Then, hanger. Takde satu hanger pon disediakan. Baju terpaksa aku lipat elok-elok letak dalam almari. 

***

So far itu jela yang menganggu keselesaan kami. Overall okay. Dari segi kebersihan memang better daripada hotel bajet. Dan TV pula berada dalam keadaan yang sangat okay. Walaupun hotel tu bermasalah sikit. Aku suka suasana di luarnya. Macam sebuah asrama tauu. Bila iolls lalu je, rindu dekat asrama. Perasaan macam duduk asrama. Tapi asrama yang sunyi sepi, bersih dan terurus. Kalau asrama real tak hadee nye cenggini. Baju basah mesti  banyak bergantungan dengan selipar jepun merata-rata dah boleh buat lelong. 

Ni baru update pasal hotel. Belum aktiviti nya lagi. Aku mengambil masa hampir 1 jam 15 minit nak siapkan entry ni. Amacam terer tak wakaka. Padahal dah habis laju aku menaip dengan muka serius nak mamposs!

family quote photo: love-family-quote love-family-quote.jpg

Bye.




Thanks For Reading

No comments: