Wednesday 6 November 2013

Azam Awal Muharram : SPM Year

Assalamualaikum ….

Awal muharram sudah tiba. Dan maka dengan itu, seharusnya kita buat azam tahun baru. Biasanya buat azam bila dekat dengan New Year. So aku nak buat kelainan sikit dalam hidup aku. Azam baru pada awal muharram yakni tahun baru gakk tapi ikut kalendar Islam.


Next year (2014) merupakan last year aku bergelar school student. Quite sad. Aku macam rasa baru form2. Sedar-sedar aje dah nak masuk form5. Aku tak feeling form1 sebab form1 suck bagi hidup aku. Yela, baru masuk sekolah menengah. Dengan pakai tudung tak berapa betul, takut dengan senior, duduk asrama pfttt. Perkara lama jangan dikenang.


Dan tahun depan juga SPM year for me. Masa darjah 6, takut gila dengan UPSR. Kalau ada kawan-kawan cakap pasal SPM/PMR, maka aku pon berkata ‘lambat lagi laa’ dengan suara budak-budak. Bila teringat balik moment seperti itu, rasa nak tergelak. Cepat betul masa berlalu. Aku ni maybe sentimental punyaa owang tapi aku memang suka merenung balik kisah silam serta kenangan hidup aku. Im enjoyed thinking my flow of life.


Disebabkan aku nak SPM, dan aku sepatutnya perlu menukar mood budak-budak kepada mood matured … aku perlukan azam baru, target baru supaya ada matlamat yang jelas. Berbincang kepada matlamat. Aku rasa kalau nak mudah kita buat dalam peta minda, tampal dalam bilik ke apa. Baru lah semangat sikit.
A’ah sebelum aku terlupa. Kita sebagai umat Islam eloknya separated two big idea ; Duniawi-Akhirat . Maksud aku, buat azam untuk kedua-duanya. Contohnya, untuk akhirat kita berazam nak solat di awal waktu dan duniawi pula, nak belajar pada waktu bla bla. Macam tu lahhh.


~ akhirat ~

~ Duniawi ~


Hah macam ni lah contoh yang aku maksudkan. Ini baru yang asas. Kalau rajin, buat dalam bentuk bullet dan detailkannya. Contoh :

Belajar sekurangnya 5 jam sehari

·       4 p.m – 5 p.m
·       5.15 p.m – 6. 15 p.m
·       8.30 p.m -9. 30 p.m
·       9.30 p.m – 10. 30 p.m
·       10. 30 p.m – 11. 30 p.m

Hah begituuu. Geddit ? Aku sebenarnya malas nak buat jadual belajar sebab malas sangatttt dan tak reti nak  mendisiplinkan diri maybe hahahaa. Tapi aku lagi suka set kan masa. Subjek pulak aku tak tetapkan. Aku tak suka kalau kita set time tu study BM. So kena study BM. Rasa macam terkongkong. Sebab tu aku setkan masa aje. Then, bila kita dah biasa study pada waktu-waktu tertentu. Automatik benda itu jadi habit dan perkara harian. Itu yang pentingnya. Kita kena ‘sentiasa’ belajar kalau nak berjaya.


Yang aku bagi dekat atas itu just asasnya. Nanti kita boleh detailkannya. Semuanya bergantung kepada kreativiti yang kita ada. Kalau boleh tulis azamn besor-besor pastu tampal dalam bilik. Nak effect lebih sikit, tampal dekat cermin hahahaa. Nok belek muko jo nampok.  


Quite nervous bila pikir yang aku dah tak boleh bermalasan, bertiduran dan ber-online lelebih sangat. Sangat menyedihkan. Lepas SPM nanti, hidup akan menjadi lebih mencabar dan memenatkan. Masuk U, study lagi. Kerja, cari duit *penat* . Dan seterusnyaa. Setiap fasa hidup akan kita lalui dengan pelbagai cabaran yang berbeza. Hidup kena sentiasa bersedia menghadapi segala peringkat kehidupan yang mencabar ni -___-


Akhir kata, happy holidayssss ! Mulakan tahun baru dengan azam baru.




Thanks For Reading

No comments: