Tuesday 18 October 2011

Pelajar 16 tahun SANGGUP Kelar Perut Bayi Di Asrama

Assalamualaikum


Heboh sudah di harian metro hari ini . Kejadian ni berlaku di Betong , Sarawak. Terkejut badak jugak aku membacanya. Actually hari ini aku tak sempat pon nak beli newspaper tapi terdengar lah pulak pagi tadi dekat TV ..


BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.
Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.

KUCHING: Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan, ditemui mati dengan kesan kelaran di bilik asrama perempuan sebuah sekolah menengah di Betong, 300 kilometer dari sini, pagi semalam.
Bayi malang itu ditemui di atas lantai asrama terbabit pada jam 9.30 pagi dengan beberapa kesan kelar di bahagian badan dan leher selain perutnya terburai.
Berikutan penemuan mayat bayi itu, seorang guru sekolah terbabit membuat laporan polis dan bertindak atas maklumat itu seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun ditahan dan kini menerima rawatan lanjut di Hospital Betong.

Sumber berkata, sebelum itu guru terbabit membuat pemeriksaan ke asrama selepas mendapati pelajar tingkatan empat itu tidak menghadiri kelas, semalam.

“Guru itu terkejut melihat mayat bayi baru lahir yang mengalami kecederaan teruk hampir seluruh badan dengan keadaan perutnya terburai.

“Polis yang tiba di tempat kejadian selepas menerima laporan, memeriksa mayat bayi itu dan menemui tujuh kesan kelar iaitu dua di bahagian belakang, dua di tangan, dan masing-masing satu di leher, rusuk serta perut,” katanya. 
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Betong, Asisten Superintendan Henry Nyuhai, yang mengesahkan kejadian itu berkata polis turut menemui sebilah pisau pemotong sayur dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Katanya, pisau sepanjang 15 sentimeter itu ditemui disorok dalam cadar dan polis turut merampas cadar serta tilam sebagai barang bukti.

“Pelajar perempuan itu kini ditahan di wad hospital dan dikawal rapi pihak polis. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Di BALING, seorang suri rumah terkejut apabila menemui seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditinggalkan di atas kerusi di depan rumahnya di Kampung Charok Bakap, Parit Panjang, pagi semalam.

Suri rumah berkenaan, Maimunah Bidin, 56, berkata pada mulanya dia terdengar suara tangisan bayi terlalu hampir dengan rumahnya, pada jam 6.45 pagi lalu menjenguk keluar melalui tingkap.

“Saya terkejut apabila mendapati ada objek dibungkus dengan kain pelikat ditinggalkan di atas kerusi depan rumah dan sebaik diperiksa ada bayi yang masih bertali pusat dan dipercayai baru dilahirkan.

“Bayi itu dipakaikan baju lengan pendek dan berseluar panjang serta kelihatan lesu," katanya, semalam.

Dia mengambil bayi itu sebelum menghantar ke rumah jirannya, Johanawati Abdul Wahab, 50, sebelum mereka membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Mat Daud Mat Hasan, berkata bayi lelaki seberat 2.5 kilogram itu dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk menerima rawatan lanjut. 

Okey , di sini aku ada kemukakan sikit pendapat aku .. 
Tak tergamak ke perempuan itu membunuh. Tolak tepi dulu pasal anak. First think is membunuh... rasanya budak tu pun tak ter-niat nak membunuh.
Tertekan  
Aku rasa mungkin budak tu , senang cerita aku panggil A. A ni tertekan. Apa agaknya pandangan orang tengok dia beranak . Dalam umur yang masih muda, dia dah beranak , perut dah memboyot dekat depan. Dan sebagai seorang yang masih muda dan boleh kot kategori tak cukup lagi akal nih .. A tidak mampu untuk mengawal stress ....

Kecewa
Kecewa sebab budak lelaki yang dah buntingkan dia tu tak nak bertanggungjawab. Hey girls , cuba think realistic sikit. Siapa nak bertanggungjawab lepas buat anak haram. Dengan budak bawah umur pulak tu .. Baiknya orang tu kalau dia nak bertanggungjawab.
Dengar cerita, budak yang dah buntingkan budak tu dalam umur lingkungan 20-an .. Itu yang aku terdengar pagi tadi .. tapi tidak dapat dipastikan lagi.

If you really love her, you won’t touch her.

Not even the slightest bit.

You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.

Just hold her in your heart for a few more years ..

then you can do it the halal way .......


p/s : ayat yang omputih ni dikreditkan khusus kepada KakiTulis Ikhanif

Thanks For Reading

No comments: