Saturday 19 November 2011

Apa bezanya artis dan orang biasa jika sama Islam ?

Assalamualaikum

Hehe .. Pening aku dah baik dah just chicken pox mmg tak hadee harapan nak sembuh cepat.
So sesiapa yang ada terbaca pasal 5 GADIS TETAPI SERTAI MISS BORNEO 2011 di Utusan Malaysia ??

Sebelum ini, memang mereka telah diberi kaunseling ... Nak tahu lebih lanjut boleh tekan di SINI ..
Hahahaha .. Time nak copy link ni baru aku perasan yang page ni diletak dibawah ruangan JENAYAH tau.

Sebelum aku bagi pendapat aku sila baca benda ini dahulu

KUCHING 19 Nov. – Walaupun sudah diberi kaunseling oleh pegawai Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) semalam, lima peserta Miss Borneo 2011 yang beragama Islam tetap meneruskan penyertaan dalam pertandingan ratu cantik itu di sini, malam tadi.
Kesemua mereka memakai pakaian berwarna-warni dan menjolok mata yang mendedahkan paha dan pangkal dada pada majlis pembukaan pertandingan itu.
Gadis terlibat ialah Melatie Mellisa, 22; Adira Kamil, 23; Sharifah Nadzirah Wan Hamid, 23; Roszainah Suhaili, 21, dan Natasha Nur Amarina Mohamad Kaie, 21.
Natasha Nur Amarina memenangi tempat keempat dalam pertandingan berkenaan yang membolehkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000.
Adira pula memenangi tempat kelima dengan hadiah RM500 manakala Sharifah Nadzirah pula dinobatkan sebagai Ratu Cantik Personaliti yang membolehkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM500.
Gadis itu turut memenangi anugerah Ratu Cantik Popular sekali gus membolehkannya menerima Samsung galaxy Tab 10.1 yang ditaja oleh Celcom.
Mereka yang berpakaian menjolok mata dalam gambar promosi acara itu yang disiarkan sebuah akhbar tempatan sejak seminggu lalu menimbulkan perasaan kurang senang umat Islam di negeri ini.
Kesemua gadis itu diberi peluang untuk membuat penjelasan terhadap penglibatan masing-masing dalam pertandingan tersebut sebelum diberi kaunseling oleh pegawai JAIS, pagi semalam.
Pengarah JAIS, Abang Shamsuddim Abang Seruji ketika diminta mengulas penyertaan lima gadis itu kecewa kerana mereka yang diberi kaunseling selama sejam pagi semalam tetap meneruskan saingan pada pertandingan itu.
Kata beliau, pihaknya berharap menerusi kaunseling itu akan ada sekurang-kurangnya seorang daripada lima peserta terbabit menarik diri, namun perkara itu tidak berlaku.
“Kami kecewa apabila mendapati lima peserta Islam itu masih menyertai pertandingan ratu cantik itu meskipun sudah diberi nasihat untuk mereka menarik diri. Bagaimanapun, JAIS akan sentiasa melakukan pemantauan terhadap pertandingan-pertandingan seumpama ini pada masa akan datang,” ujarnya.

5 GADIS ISLAM TETAP SERTAI MISS BORNEO 2011

Yang link kali ni diletakkan bawah DALAM NEGERI pulak dah .. huhu

Oke .. Bila dah tahu benda apa yang bakal aku cakap ni ....... Boleh lah aku bagi pendapat tanpa cakap sorang-sorang ..

Artis di Malaysia ni .. fokus kpd Malaysia je dulu kan. Memang ramai yang tak pakai tudung. Kalau just tak pakai tudung tapi baju sopan, better la *walaupun hakikat still aurat itu wajib di tutup .. Tapi ada dan agak ramai pakai pakaian menjolok mata even gambar macam berbikini artis Malaysia pon ada. Perlu ke aku cakap siapa ? Tekan sahaja dekat Internet wooo .. Bila gadis yang 5 orang Islam ni nak masuk Miss Borneo 2011 dengan pakaian yang mendedahkan lurah dan paha. Dia bagi kaunseling.

Now i wonder *as a girl in 14teen.
Kenapa erk waktu majlis Anugerah yang artis ke hape entah yang sekarang ni tengah banyak time penghujung tahun ni tak diberikan kaunseling juga ye ... So fair and square lah kan. Artis pon pakai baju  yang nampak lurah dan peha.... Jadi apa bezanya.
Bezanya cuma yang 5 Gadis tu orang biasa dan artis ni popular ke ?
 Bukan ke sama-sama Islam ?? 
Aku tak cakap aku mengharapkan 5 Gadis ni tak perlu diberi kaunseling dan aku sokong dorang dikaunselingkan. Just  artis sekarang dah lebih sexy dan hangat. Dan ..... dan ..... entahlah .. Aku mengharapkan artis Malaysia tidak keterlaluan ....

Meh aku berikan beberapa link orang yang buat entri pasal Majalah Playboy versi Malaysia ni .. Betapa seksinya artis Malaysia ...



Memberikan contoh yang tak berapa nak baik kepada golongan cam aku. Ni pengakuan lah ni, sometimes bila aku tengok artis pergi majlis pakai baju ketat-ketat dan cantik aje. Timbul keinginan nak pakai macam tu jugak  ... dalam hati mula terdetik " Wah ! Ohsemn nye baju dorang." .. Setan sibuk dah ni nak berbisik. Sometimes dengki jugak tengok rambut mereka yang berwarna-warni , daripada straight cut kepada kerinting , sanggul lah bagai...

Mujur aku ni masih lagi tidak terlampau didedah dengan perkara sebegini  >__<
Actually, kalau lalu dekat Bukit Bintang ke atau dekat Bangunan Low Yat tu ke .. tempat yang remaja amik port melepak. Baju mereka nauzubillah ... Kalau yang ok tu bagus lah.... Aku takut sangat tengok. Mujur di Terengganu ni masih lagi tak terlampau banyak lah *kot remaja yang berpakaian seksi sangat ni. Aku tak pasti lah dekat Kuala Terengganu but so far in Dungun is still under control.

I just wondering ....... Bila zaman aku dah kerja nanti ... Adakah baju macam Kain Kemban moden ni menjadi lumrah kehidupan. Tudung tak ikut spesifikasi dan  dengan leggingnya lagi ...
Adakah itu yang bakal terjadi ? Fesyen mengubah sedikit demi sedikit. TV menjadi pendorong .......

Kalau kita hendak jadi macam Siti Aisyah atau Siti Khadijah memang tak boleh. Cuba memperbaiki diri itulah yang terbaik. Mungkin aku pakai tudung tapi aku tak mampu nak memakai jubah pergi ke mana sahaja even nak buang sampah dekat luar rumah. Situasi di Malaysia tidak sama seperti di Arab. Mungkin di Arab pakaian jubah masih diamalkan dan dipakai. Kalau ikutkan , pakai seluar mengikut bentuk kaki pon dah berdosa tapi seperti yang aku cakap tadi , cuba memperbaiki diri ke arah yang lebih baik itu bagus.

Mungkin sekarang kau pakai tudung singkat, next year ko pakai tudung normal , 3 tahun akan datang labuh sikit , bila kahwin labuh lagi ... Mana lah tahu .... Kita semua boleh berubah. Perubahan sedikit demi sedikit mampu menghasilkan sesuatu yang bagus.

p/s : Semalam aku nangis tengok cerita AKU TAK BODOH ... tah pape tapi aku sedih lah tengok cerita tu. Sesuai dijadikan pengajaran T____T
Thanks For Reading

3 comments:

Hanim Irsyad said...

manusia di akhir zaman :)


http://irsyanim.blogspot.com/2011/11/kejohanan-futsal-rakan-antidadah.html

Yatt S. said...

nice entry, dik. for a fourteen.

btw, setuju dengan kamu. jangan tutup mata pada artis-artis yang pakai baju macam tak cukup kain.

Idayu Harun said...

betul .. mereka sama sahaja manusia kan ...dan islam :)