Saturday 19 November 2011

Diduga pabila cuti sekolah dan dugaan terbesar aku setakat ini T_T

Assalamualaikum

Fuh, akhirnya aku diberikan kudrat oleh Allah S.W.T untuk berblog sekejap. Sekadar menghilangkan kempunan dan meluahkan perasaan ^hehehe ....
Alhamdulillah, aku diduga demam apabila start je cuti sekolah iaitu petang khamis dan pada keesokkannya aku terus dikenakan chicken pox. Nama sakit tu macam sedap dan enak aja. Aku tak boleh keluar rumah takut kena hujan , tak boleh makan makanan berminyak sebab takut gatal badan.. Tak dibenarkan makan telur, ikan kembung pon pantang jugak , makanan yang digalakkan ialah ikan sela bakar sahaja ataupun sup ke.

Asalnya adik aku Irdina sahaja jangkit daripada kawannya tapi bila dia dah nak sembuh, hampir sembuh terus virus terkena dekat aku. Malam tu kena pula dekat adik aku Izzuddin dan esoknya hari Jumaat kena pulak dekat adik aku yang baby tu. Alahai .. chicken pox hanya sekali seumur hidup dan nampaknya adik beradik aku yang selama ni tak kena tiba-tiba terkena pula.. Yang belum kena chicken pox setakat ni ialah mak aku. Kuat betul lah ketahanan mak aku ni.

Chicken pox ni biasa-biasa saja cuma teruk dari segi berpantang macam orang baru lepas beranak pulak T_T
Muka habis keluar bintik-bintik. Hal tu oke sahaja melainkan yang paling teruk ialah kegatalan. Apabila biji chicken pox tu pecah je akan meninggalkan parut .. buuuuu ! Cukup-cukup lah parut tu. Dan masalahnya hobi aku ni suka sangat main-main dengan jerawat. Suka sangat tekan jerawat sekaligus buat aku bernafsu semacam nak tekan biji chicken pox ni. Serius terasa nak nangis apabila gatal teramat sangat tapi tak boleh garu-garu ni.

Actually, aku dah ter-tekan beberapa .. hehe .. Rasa menyesal sangat  T____T
Segala perancangan aku tak menjadi. Asalnya aku nak buat nota,homework and prepare for  PMR next year tapi disebabkan chicken pox beserta demam yang melanda. Kepala jadi  berpinar. Alhamdulillah dah hilang sikit pening lepas tengok Malaysia menang dengan Myanmar tadi. Hehehe .. Excited sangat doe ...!

Apa yang aku boleh lakukan sekarang bersyukur. Mak aku kata mujur kena time cuti sekolah. Mujur tak kena time nak masuk asrama taun depan. Mujur tak kena masa form 3 ... Alhamdulillah
Aku perlu kuatkan dugaan kegatalan , berpantang , kepeningan dan dalam 2 minggu tak boleh keluar.

Anyway, melihat makanan yang tak mampu buat aku berselera ditambah tekak yang terasa begitu perit. Aku tak bersemangat nak makan ikan sela bakar tu. Yang aku banyak makan ialah garam ^_^  dan asam. Begitu berselera makan makanan yang tak berkhasiat .. Tapi itu je pun yang mampu buat tekak aku rasa sedap semacam sahaja.

Inilah yang dinamakan kita hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan

p/s : Doakan chicken pox tu tak meninggalkan parut dan aku cepat sembuh lah ye :) Doa anda tidak dapat saya balas kerana begitu besar ertinya dan hanya Allah yang mampu membalasnya. 

p/sssssst lagi : Doakan aku punya tabiat menekan ni dapat dikawal ye  *__* serta aku tabah menghadapinya 



Thanks For Reading

2 comments:

Chegu said...

semoga cepat sembuh, beli buku past year pmr je, jawab tu da cukup da, sambil duduk2 makan kopok lekor kan, hehehe

Idayu Harun said...

Amin. mntx2 cpt lh sembuhkn.. Buku PMR buat bulu roma meremang je. hewhew