Wednesday 23 November 2011

What Happy Family is ....

Assalamualaikum

            

Family. Do you know what family is? I mean Truly Family is ? What about a happy family ?
Well, hari ni aku nak kupas sedikit pasal 'happy family' .. Happy Family tu terlalu umum. Mungkin bagi seseorang, itulah keluarga bahagia yang diimpikan dan mungkin tidak bagi orang lain.

Keluarga BAHAGIA yang aku selalu jumpa *melalui pengalaman sendiri, novel dan drama* 

Happy Family Type 1

Adik beradik selalu sangat bergaduh. Aku amik contoh aku jela. Aku selalu bergaduh, berperang dengan my siblings .. Tapi kami gaduh sekejap sahaja. Paling lama 30min. Memang dalam hati betapa bencinya nak melihat muka si dia tapi last-last bercakap juga. Main sama-sama juga. Gurau-gurau sama juga.

Bila time aku benci siblings aku, aku fikir balik ... Adakah aku gembira bila adik-beradik aku tak menyakitkan hati. Well, absolutely NOT ! Aku dilahirkan tak suka mengalah dengan adik beradik aku. Agak  Queen Control lah kot dalam family. Dan memang suka carik pasal, jadi batu api kepada mak aku *hehe.

Dan andai kata adik aku jenis yang pendiam, mendengar kata, tak suka melawan .. aku pasti it will be totally boring ! Buat apa aku nak cari pasal dengan orang yang pendiam. Aku ejek apa pon senyap saje. Aku cari pasal pon dia tak melawan. Well .... Aku tak suka keadaan itu berlaku. So walaupun aku bergaduh, berperang mulut ... they still my best siblings, my best family ..... I loveeee it ...

Sebenarnya sebesar mana perang mulut tu berlaku, bergantung kepada jenis .. Kalau ramai perempuan , kurang lah sikit, boleh mengalah ... dan kalau ada perempuan dan lelaki yang hampir sama umur .. Memang perghh kaw... kaw lah gadohnya. Kalau jauh sikit beza tapi lain jantina , maybe kurang juga la ..

Depend tapi type 1 ni ialah keluarga yang bergaduh-gaduh manja tapi still happy 
" Air dicincang tak akan putus "

Happy Family Type 2

Dalam family type 2 ni ... mereka punya keluarga tiada pergaduhan ... Aman damai. Semua buat kerja sendiri. Kakak di bilik online ... Abang di bilik lain gaming .. Ibu di bilik lain buat online shop ... Ayah cari rezeki. Time makan semua pergi meja makan , makan sama-sama , berbual sama sendiri. Jika itu bahagia bagi mereka. Maka bahagia lah mereka. Mereka semua bahagia buat kerja sendiri. Tidak busybody , mengacau hidup orang macam TYPE 1 tadi.

Memang tenang betul hidup dorang tu. Aku pernah adore family like this before. Tapi sekarang tak. Well, tak sesuai dengan jiwa aku. HAHA .. Hidup di type 2 happy, bahagia , aman ... Semua buat kerja sendiri tapi still tak renggang. Macam dah di set .. Time tengok tv , semua tengok tv , time makan , semua makan ... Just happy, and tenang =D .. Mereka semua bahagia dengan cara begitu.

Happy Family Type 3

Dalam family ni mengamalkan keluarga mengikut syariat Islam .. Tak selalu online kerana anggap kerja yang tak berfaedah. Mereka buat kerja yang mengeratkan hubungan kekeluargaan. Macam time cuti pagi-pagi  tu, bahagikan kerja , kemas rumah sama-sama. Anak lelaki tolong ayah begitu juga anak perempuan tolong mak. Bila habis solat Maghrib, ayah dan anak-anak berkumpul mengaji bersama-sama. Bila nak makan, si abang baca doa makan. Tengok tv al-hijrah.

Tidak terdedah sangat dengan perkara yang melalaikan dan memang mengikut prinsip Islam sungguh lah. Tapi kerja lain pon buat juga. Mereka bahagia. Mereka tenang apabila si ayah bercerita kisah nabi. Mereka suka .. Just Happy Family =D

Aku tak pasti sangat family TYPE 3 ni sebab family aku bukan macam tu. Bukannya yang sering bacakan kisah hadis, baca yassin sama-sama. Nope .. That was not my family.

**************************

Sebenarnya semua ni HAPPY FAMILY ... setiap orang lain kehidupannya .. lain takrifan happy family. HAPPY FAMILY ialah umum !! Tak kira lah macam mana pon keadaanya. Asalkan ahli keluarga itu bahagia, gembira dengan keadaan mereka, maka layaklah disebut happy family. Tak kira lah dugaan apa pon yang mendatang, kalau mereka bersatu dan bahagia duduk di bawah 1 bumbung, semua masalah dapat diatasi, insyaalah.

" Rumahku Syurgaku " 

Apabila keadaan rumah sudah bahagia, ahli keluarga gembira, maka terhasilnya Rumahku Syurgaku ..

So, korang ada lagi ke TYPE lain mengenai HAPPY FAMILY ni ? Well, sharing is caring .. Mungkin kita boleh bincang sama-sama about this. Mungkin ada percanggahan pendapat ...
Korang pula ada tak tersangkut dengan TYPE yang aku cakap ni ? Korang type berapa ?



Thanks For Reading

No comments: