Thursday 17 November 2011

Mengapa perlu MAKEUP tebal ??

 Assalamualaikum


Kalau kita pergi Midvalley or The Curve ataupun mana-mana shopping complex , kita akan Nampak golongan wanita yang suka sangat pakai make up tebal … Kalau pakai blusher and lipstick sahaja tak apalah .. Macam mana kalau makeup sampai Mata dah berbelang, bulu mata tinggi semacam , bibir merah pekat , pipi pink terlampau seolah-olah terlampau malu , muka Nampak putih gila-gila pergh tapi bila tengok tangan , sawo matang , hitam lebih kurang sahaja.

 Aku still tak berapa nak faham kenapa perlu makeup sampai jadi badut macam tu? Just not too simple and too fancy la … NORMAL sahaja ..


Nampak tak masalah yang bakal timbul .. Jadi meh aku senaraikan pada pendapat aku.

Nak Solat

Tengah syok-syok shopping tengok segala beg Prada, Bonia segala bagai … Tiba-tiba tengok jam dah masuk time Zohor. Dah nak habis dah pon. Ia akan jadi satu masalah nak remove makeup daripada muka. Mana boleh amik wuduk tapi muka masih lagi penuh ditenyeh blusher .. Banyak masa akan diambil nak bersihkan lagi ...

Boleh keluar jerawat

Bila dah balik daripada rumah dalam 10malam gitu .. malas dah nak basuh muka bersih-bersih ni. Ingat katil nak baring ataupun tak sabar nak jadi model depan cermin memperagakan barang yang dah beli. Hasilnya kalau kita cuci muka tak berapa nak bersih , jerawat akan senang tumbuh .. Padah pulak jadinya ..

Tidak sesuai wajah muda

Bagi budak-budak yang nak Nampak cantik walhal hakikat kulit masih muda boleh merosakkan kulit muka. Kulit kita *termasuk aku lah ni* masih lagi belum cukup matang. Kalau sekarang kita agak gelap , tak mustahil besar nanti kita jadi putih. Buat apa nak rosakkan kulit yang tengah nak membesar. Kalau guna product yang less kimia boleh tahan macam Body Shop or something else … Ni kalau beli dekat Chow Kit Road ke pasar malam ke memang tempah kulit rosak lah ni.

Tak semua lelaki suka

Kau rasa ramai ke lelaki suka kecantikkan tak asli … ?? Kalau lepas makeup kau cantik tapi hakikat just NORMAL tak guna. Tak kan lah sepanjang masa kau nak bermakeup walaupun  nak tidur. Sepanjang masa makeup sebab nak sepanjang masa cantik , nonsence ok … Lagi pula membebankan juga lah kalau setiap minggu nak beli makeup baru. Lebih baik kecantikan asli. Sedap mata memandang.

********************************************

Makeup yang aku maksudkan bukan lah pencuci muka. Pencuci muka memang lah diperlukan kalau kulit berminyak ke hape … Memang penting kalau nak kulit tidak dijangkiti kuman dan kekotoran. Tapi makeup disini bermaksud blusher , faked eyelash , lipstick dan macam-macam lagi lah … Benda-benda KOSmetik macam tu.


Anyway , aku ada dengar cerita daripada kawan kepada kawan ayah aku. Bini dia ada lah beli lipstick merah zaman muda-muda dekat pasar malam. Bertahun nak hilangkan merah dekat bibir tu. Alahai …….. betapa kuatnya kimia dalam lipstick tu .. Namapun dekat pasar malam , berapa hinggit lah sangat lipstick tu ?? Sebab tu lah THINK BEFORE BUY somethink ...

Berhati-hati lah serta besederhana lah dalam berpakaian .. Sesungguhnya kesederhanaan adalah amalam Rasulullah ..


Thanks For Reading

No comments: