Saturday, 12 November 2011

Perbezaan Gadis Dulu Dan Sekarang

  Assalamualaikum

Aku hari ni nak kongsi sedikit perbezaan yang aku dapat lah daripada pemerhatian dari sudut budak 14 tahun. Aku  cuba bandingkan situasi realiti melalui pengalaman , tengok cerita zaman dulu dan sekarang.

Ini hanya pendapat aku dan kalau tak puas hati atau ada penambahan korang boleh lah share-share di sini.


Pakaian


                     

Dari segi pakaian memang beza. Zaman dulu pakai kebaya pendek dan ketat sudah cukup seksi serta mampu memancing jejaka malaya zaman dulu. Rambut mengerbang. Lipstik merah pekat macam tu. Tapi sekarang, baju t-shirt ketat,legging semua menjadi mainan .. Seksi tak payah cakap la , beza sangat dengan zaman dulu. Lipstik sekarang dah macam-macam jenis dengan lip balm bagai ...

Sikap Pemalas

Zaman dulu anak gadis lebih rajin daripada sekarang. Sekarang pon ada yang rajin tapi tak sama macam dulu. Sekarang ada lagi ke orang basuh baju tepi sungai guna tangan?? Tak hadee..  Semua pakai mesin dah .. Kalau malas sangat nak tekan mesin basuh dan nak sidai .. Hantar dobi..  .. Kalau dekat Sabah dan Sarawak mungkin ada lagi lah kot disebabkan kedaifan . Kemudahan teknologi menjadikan kita senang untuk membuat sesuatu perkara. Malah kalau korang tengok , ramai juga lah bila mak nak minta tolong basuh pinggan dan angkat kain pon merungut, mulut muncung gituu .. Aku salah satunya #separuh insaf ..

Padahal sekarang dah senang .. Tak macam dulu tapi still macam tak bersyukur. Aku tak kata semua. Tapi wujud lah dimuka bumi ni


Sikap Kurang ajar

Aku pernah baca di Kosmo bahawa ada seorang remaja ni nak cekik nenek dia. Asalnya nenek dia membebel dia tak habis-habis buka laptop ... Then nenek dia nak tutup  lampu tapi tertutup suiz laptop .. Apa lagi , dia cekik nye nenek dia sampai bapa sedara kene tolong tenangkan. Bagi aku sikap lemah lembut dan sopan santun dan kekurangan lah .. Sekarang mana main ayat " wahai kekanda , izinkan adinda bertanya " .. "Wei bro , guwa mau tanya sama lu la " .... macam-macam .. Kalau tengok , gadis zaman dulu sopan dan mengikut kata,  tak banyak kerenah.


Pendidikan Agama (jaga diri)

Zaman dulu pendidikan agama kurang, tapi tak lah terjejas kepada IT dan benda negatif macam rogol , rompak , buang bayi. Kiranya semua muka suci lah ni. Yang selalu dengar pon mengintai gadis mandi di perigi. Tapi sekarang , dah banyak perkara yang negatif .. Pendidikan agama pun dah meluas. PAI jadi subjek wajib tak macam dulu tapi kenapa masih lagi banyak masalah sosial ?
Walaupun perempuan zaman dulu ni tak dapat pendidikan agama yang meluas tapi mereka pandai jaga diri. Sekarang ni memang lah wanita susah nak jaga diri , banyak sangat kes jenayah .. Tapi kena ingat yang ramai juga perempuan jual diri mereka secara sukarela .. Sebab tu banyak tempat pelacuran macam ni. Zaman dulu ada jugak tapi tak lah sehebat dan semantop ini ..


Setakat ni jela yang dapat aku fikir. Aku kena out dari makmal komputer ni .. Bye!



Thanks For Reading

1 comment:

Hunnym Syot =) said...

betul, betul, betul :)


http://irsyanim.blogspot.com/2011/11/ciri-ciri-lelaki-yang-boley-dibuat.html