Friday 2 December 2011

Kejakunan dan Keghairahan melanda diri ........

Assalamualaikum

Yeah, dah lama aku tak menulis. Awal holiday beria-ria nak berubah, nak azam buat nota, nak study .. Semua azam dah masuk tong sampah. Sekarang ni aku sibuk main segala bagai game, tengok segala movie yang kengkawan dah bagi sampai nak menulis pon dah naik malas.
Dan waktu holiday ni juga, aku kena sakit. No big deal. Dan disebabkan sakit ni membuatkan aku jadi semua benda nak excited. Ayah belanja pizza dengan Mc D pon kecoh jeee lebih.  Terasa terharu tetiba. Selepas asyik makan ikan sela bakar jew .. Tekak aku nak naik loya's habis ....

Time on the way nak balik kampung harituu .. kiterang bertolak malam. Time sampai aje dekat K.Terengganu, aku pelik. Asal banyak aje road block pada pukul 3pagi ?Actually tak lah banyak sangat just 1 diseberang jalan and lagi 1 di jalan aku. Memang aku toleh ke cermin dengan agak jakun dan kebetulan tudung dah tanggal awal-awal. Aku tak sangka lah kan ada juga manusia sanggup buat roadblock pepagi buta. Mujur pakai jaket cepat-cepat tutup muka dengan jaket depan polis tu.. Fuh .. ~ Then dekat Giant dengan Mydin. Nampak pulak several boys naik basikal. Actually macam teenagers gituu. Agak pelik around 3a.m masih naik basikal. Ish2, mcm2 benda pelik.

Padahal aku baru 1 bulan tak melihat dunia luar ( ayat cam budget terer je,haha )
Nampak jugak remaja naik motor ramai-ramai. Dalam otak aku dah fikir, ni mesti nak merempit nih. Untung-untung dapat tengok freeshow. Malangnya aku tak sempat nak tengok.. pheww .. 

Tu baru on the way. Aku tak tahu lah dekat rumah nenek aku ni, kejakunan dan keghairahan terserlah.

Waktu aku tengah review novel yang menarik untuk dibeli, terjumpa pulak novel ONLINE Bicara Cinta. Then aku fikir aku dah baca, why not aku baca lagi sekali. Time tengah syok baca tu, aku pikir, betul lah aku dah baca. Tapi cerita tu memang best dan aku rasa rugi aku tak baca lagi. Kadang-kadang jalan cerita novel Bicara Cinta tu terubah sebab otak aku dah tercampur pelbagai cerita lain. huhuhuhu.

Dan sebabkan terlampau teringin, aku baca jugak sampai pukul 2.30 pagi baru sedar masa tengah berjalan. Sebelum baca tu pon ada konflik dalam diri aku ni, ish3 ... Aku tengah memikir nak baca Shopaholic Ties The Knot ke Bicara Cinta dulu ? Dua-dua aku sukaaa .. Tapi aku tolak tepi dulu novel omputih tu sebab kalau aku nak baca, mesti ada dictionary dekat sebelah. So why not aku baca novel melayu tu dulu. (ayat nak sedapkan hati sendiri )

Begitu juga dengan produk muka. Lepas kena chicken pox yang sungguh mengharukan itu. Ada lah pulak 2 EARTHCRAKER dekat muka aku. Ada 2 lobang ! 1 kecik 1 besar. Aiseeyyman. Gua tak picit pon .. Mak aku dah kelamkabut. Muka aku lah sebelum ni memang dah ada *ehemmm ... scar ...

Balik kampung ni pulak mak aku lupa nak bawa Zevin Cream. Untuk chicken pox punya lah. So mak aku pergi farmasi, tapi tak beli pon cream tu. Tapi beli pencuci muka Vitamin E beserta cream. Dan siap ubat parut vitamin E juga tapi produk lain. Fuh .. fuh .. fuh ..

Sejak pengalaman jerawat sebab pakai Body Shop dulu. Aku dah tak pakai mana-mana produk muka. Mak aku cakap mungkin kulit aku MUDA lagi .. hehehe .. Tapi aku memang eagerly nak try benda alah tu. Molek pulak statik je depan meja solek. Apa lagi, aku rembat lah.. Tapi aku takut jugak lah nak tanggung risiko. Rasa macam bodohh je .. tapi mak aku kata benda tu bukan fungsi nak putih ke hape just nak basuh kulit muka yang kotor ini. So aku kena tanggung risiko lah ni .. Memang tak patut. Aku dah try dah and so far muka aku nothing happen. Ok lah tu , lepas tragedik Body Shop aku dah tak pakai any product. Tapi aku nak pakai benda ni pon sekali sekala ajew ...

Aku tak tau lepas ni benda apa yg buat aku jakun, ghairah dan bodoh .....

p/s : Aku dah tambah lagi 1 product untuk hilangkan parut. Hohoho.. So far aku dah testing 3. Tapi nampaknya kali ni membantu aku sikit. Scar tu macam nak pudar jew .. haha .. Nanti aku kongsikan product yang aku pernah pakai tu. Maybe will help some of you yang ada masalah scar macam aku nih.


Thanks For Reading

1 comment:

KizZ said...

Huaaa....tak penah kena chic pox lagi ni..cuak cuak,,