Sunday 31 July 2011

Ramadhan semakin cepat atau aku yang lambat ?

Assalamualaikum kepada pembaca sekalian. 
Eh ! Salam ini ditujukan HANYA kepada orang Islam ye. Esok dah bulan Ramadhan. Aku sengaja post lewat entri ni sebab tunggu pengistiharaan dekat TV . hoho.

Pejam celik tengok-tengok Ramadhan dah datang. Memang dah lama aku tunggu Ramadhan ni. Sebab aku rasa yang start bulan Puasa ni lah aku nak muhasabah diri dan try sedaya upaya membentuk jiwa.
Alang-alang Syaitan kena ikat.. sekurangnya kurang lah sikit dugaan dalam membentuk hati ni.

Setiap hari aku cuba membentuk akhlak aku supaya bila tiba bulan Ramadhan. Aku dah bersedia tapi rasanya aku punya perhitungan lambat. Walaubagaimanapun.. aku tetap bersyukur kerana masih sempat menikmati bulan Ramadhan tahun ni. Alhamdulillah

Bulan Ramadhan datang bukan bermakna kita perlu makan habis-habisan sehari sebelum puasa. Puasa tidak pernah mendera kita.
 Kalau kita kata Puasa buat kita terseksa. Sama je lah macam kita kata Allah Zalim. Nauzubillah.. Minta-minta dijauhkan.

Harapan aku bulan Puasa ni, jangan lah ada orang Islam yang sanggup mencemar kemuliaan Ramadhan. Kalau kita tengok setiap hari Jumaat.. ada remaja di sesetengah tempat lepas solat je pergi merempit .. Ape kes ??
So aku harap lah sangat jangan ada makhluk Allah yang waktu orang lain tengah solat terawih, dia pergi berjoget sakan di Disco. Oh please lah ~

Engko berani buat macam ni kerana engko belum tengok siksaan kubur dan api neraka nanti.

Walaupun kita tidak mampu berbuat banyak pahala …. Tapi kalau boleh kita kurangkan lah dosa yang kita lakukan setiap hari.

: Aku hanyalah manusia biasa yang cuba menasihati kaumku serta diriku supaya tidak ditenggelami dosa :

Jom dengar ayat dekat bawah ni.. aku dapat drpd seseorang yg tak dikenali. Secret Admire kot. HAHA.. just joke !
Ramadhan datang lagi
membawa seribu erti
Menguji jati diri
Sejauh mana cinta pada ilahi
Ramadhan datang lagi
Mengusir segala sunyi sepi diri
Dinihariku yang malam kini kian berseri
Dengan tasbih , selawat dan tahmid suci
Ramadhan
Dengan mu memang kun anti
Rinduku padamu sentiasa mekar ditaman hati
Segar meharum dibingkai rohani
Menjadi inspirasi pengabdian diri
Sepenuh jiwa raga
Ramadhan
Kuharap kali ini kau tidak pergi lagi
Walaupun kau pasti akan pergi lagi
Meninggalkan aku
Aku harap kau hadir dlm sanubariku
Bagi mentarbiah nafsu dan mindaku agar sentiasa
Melaksanakan sunnatullah
Menjauhkan mungkar dan larangan Allah
Agar
Biar lahirku nanti selepas Ramadhan
Laksana Bayi yang suci bersih
Tanpa Noda Dan Dosa
Kalau nak copy pon boleh Tapi backlink kepada 'Idayu Harun' beserta link  :)

* Wasalam *


Thanks For Reading

4 comments:

Unknown said...

slamat bpuase ;D

L said...

jalan2 sambil beri senyuman, nk bawak milo td tp xleh pose kaaan.. huhuhu selamat bepose! http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/selamat-berpuasa-ya.html#

Azza Azman said...

astagfirullah... ada ke makan like there is no other tomorrow.. Ni makan untuk hidup ke hidup untuk makan huhu...

APAN said...

selamat berpuasa ye...harap bulan ni dpt mengubah kita utk menjadi lbih baik :)