Assalamualaikum kepada pembaca sekalian.
Eh ! Salam ini ditujukan HANYA kepada orang Islam ye. Esok dah bulan Ramadhan. Aku sengaja post lewat entri ni sebab tunggu pengistiharaan dekat TV . hoho.
Pejam celik tengok-tengok Ramadhan dah datang. Memang dah lama aku tunggu Ramadhan ni. Sebab aku rasa yang start bulan Puasa ni lah aku nak muhasabah diri dan try sedaya upaya membentuk jiwa.
Alang-alang Syaitan kena ikat.. sekurangnya kurang lah sikit dugaan dalam membentuk hati ni.
Setiap hari aku cuba membentuk akhlak aku supaya bila tiba bulan Ramadhan. Aku dah bersedia tapi rasanya aku punya perhitungan lambat. Walaubagaimanapun.. aku tetap bersyukur kerana masih sempat menikmati bulan Ramadhan tahun ni. Alhamdulillah
Bulan Ramadhan datang bukan bermakna kita perlu makan habis-habisan sehari sebelum puasa. Puasa tidak pernah mendera kita.
Kalau kita kata Puasa buat kita terseksa. Sama je lah macam kita kata Allah Zalim. Nauzubillah.. Minta-minta dijauhkan.
Harapan aku bulan Puasa ni, jangan lah ada orang Islam yang sanggup mencemar kemuliaan Ramadhan. Kalau kita tengok setiap hari Jumaat.. ada remaja di sesetengah tempat lepas solat je pergi merempit .. Ape kes ??
So aku harap lah sangat jangan ada makhluk Allah yang waktu orang lain tengah solat terawih, dia pergi berjoget sakan di Disco. Oh please lah ~
Engko berani buat macam ni kerana engko belum tengok siksaan kubur dan api neraka nanti.
Walaupun kita tidak mampu berbuat banyak pahala …. Tapi kalau boleh kita kurangkan lah dosa yang kita lakukan setiap hari.
: Aku hanyalah manusia biasa yang cuba menasihati kaumku serta diriku supaya tidak ditenggelami dosa :
Jom dengar ayat dekat bawah ni.. aku dapat drpd seseorang yg tak dikenali. Secret Admire kot. HAHA.. just joke !
Kalau nak copy pon boleh Tapi backlink kepada 'Idayu Harun' beserta link :)Ramadhan datang lagimembawa seribu ertiMenguji jati diriSejauh mana cinta pada ilahiRamadhan datang lagiMengusir segala sunyi sepi diriDinihariku yang malam kini kian berseriDengan tasbih , selawat dan tahmid suciRamadhanDengan mu memang kun antiRinduku padamu sentiasa mekar ditaman hatiSegar meharum dibingkai rohaniMenjadi inspirasi pengabdian diriSepenuh jiwa ragaRamadhanKuharap kali ini kau tidak pergi lagiWalaupun kau pasti akan pergi lagiMeninggalkan akuAku harap kau hadir dlm sanubarikuBagi mentarbiah nafsu dan mindaku agar sentiasaMelaksanakan sunnatullahMenjauhkan mungkar dan larangan AllahAgarBiar lahirku nanti selepas RamadhanLaksana Bayi yang suci bersihTanpa Noda Dan Dosa
* Wasalam *
4 comments:
slamat bpuase ;D
jalan2 sambil beri senyuman, nk bawak milo td tp xleh pose kaaan.. huhuhu selamat bepose! http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/selamat-berpuasa-ya.html#
astagfirullah... ada ke makan like there is no other tomorrow.. Ni makan untuk hidup ke hidup untuk makan huhu...
selamat berpuasa ye...harap bulan ni dpt mengubah kita utk menjadi lbih baik :)
Post a Comment